Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mendapat namanya sesuai dengan kedudukanya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun peranan Masjid Negeri di Sembulan tetap sebagai masjid utama di Negeri Sabah. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di kawasan yang indah di persisiran pantai yang indah dengan lanskap persekitaran menunjukkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan pandangan laut yang berhadapan dengan pulau-pulau yang indah.
Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan.
Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7.
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan Jun 1991.
Ещё видео!