Dari @AnwarIbrahim_my
Pagi ini bersama barisan kepala industri di majlis wacana mengenai peranan, tantangan serta prospek masa depan kerjasama dan kesatuan serantau dalam ASEAN.
Dalam ucaptama, saya menyatakan bahawa Thailand adalah antara negara terpenting dalam kerjasama ekonomi dan lapangan budaya yang mesti diberi tumpuan.
Saya turut singgung mengenai peranan ASEAN dalam mendepani isu-isu serantau terutamanya melibatkan Myanmar dan masalah pelarian.
Dalam sesi soal jawab, saya turut disoal mengenai etika tatanan yang mahu diterjemahkan, selain isu-isu lewat konflik Rusia-Ukraine, pertembungan China-Amerika, ‘de-dollarisation’ oleh gergasi-gergasi ekonomi selain mengusulkan apakah pendirian ASEAN, selain ruang serta manfaat yang boleh dicapai oleh Malaysia dan Thailand.
Saya amat mengalu-alukan pelaburan asing terutamanya dari negara sahabat Thailand sebagai usaha dan upaya bagi menyemarak hubungan akrab kedua-dua negara tetangga Malaysia-Thailand.
#MalaysiaMADANI
Ещё видео!