RENDANG KERANG | Resipi Mudah & inshaallah sedap
BAHAN-BAHAN:
1. Kerang 1kg - direbus seketika & dibuang kulit @ beli yang sudah siap dibuang kulit lagi mudah
3. Cili kering yang telah dikisar - saya guna dalam 1 sudu besar
3. Serai 1 batang - dititik
4. Daun kunyit - 2-3 helai dihiris halus
5. Kerisik - 1 paket kecil
6. Santan - saya guna suku saja dari 1 kotak
7. Serbuk lada hitam
8. Garam secukup rasa
9. Gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1. Bawang merah - 3-4 biji
2. Bawang putih - 3-4 biji
3. Lengkuas - 1 inci
4. Halia - 1 inci
5. Kunyit - setengah inci
6. Buah keras - 2 biji (optional)
7. Apa saja rempah ratus yang ada di dapur - ketumbar, bunga cengkih, bunga lawang, jintan, kayu manis, dan sebagainya
8. Serai - 1 batang
9. Daun kunyit - 1 helai
*Kisar kesemua bahan ini dengan sedikit air
CARA-CARA:
1. Tumis serai yang dititik.
2. Masuk bahan kisar.
3. Masuk cili kering yang telah dikisar.
4. Masak sehingga cili kering masak sepenuhnya atau pecah minyak.
5. Masuk serbuk lada hitam sedikit.
6. Masuk gula 2 sudu besar.
7. Masuk sedikit daun kunyit yang dihiris halus.
8. Masuk kerang.
9. Masuk santan pula.
10. Masuk kerisik dan kacau sehingga masak.
11. Perasakan garam & gula secukup rasa.
12. Daun kunyit sebagai hiasan.
Alhamdulillah siap😊
SELAMAT MENCUBA..
Ещё видео!