Laut Mati sebenarnya bukanlah laut tetapi ia merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Ia merupakan tasik masin terdalam dan airnya mempunyai kadar kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Assal di Djibouti. Laut Mati suatu ketika dahulu mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam riwayat peradaban manusia. Kesan peninggalan itu masih dapat dilihat sehingga kini. Peristiwa paling sinonim dengan Laut Mati ialah kemusnahan kaum Nabi Luth yang mengamalkan gaya hidup songsang seks sejenis dan menafikan kenabian Nabi Luth. Justeru, Allah telah menurunkan bencana yang amat dahsyat, yang mana malaikat telah diutuskan untuk menjulang tanah di situ ke langit bersama dengan kaum songsang itu dan membenam mereka ke bumi seperti digambarkan di dalam Al-Quran. Kemusnahan tersebut menyebabkan struktur geografi di kawasan itu berubah. Laut Mati yang pada asalnya dikatakan dataran tanah rata bertukar menjadi kawah yang dalam, sehingga membentuk tasik yang luas terbentang. Peristiwa tersebut telah menyebabkan pesisir pantai Laut Mati menjadi lembah terendah di muka bumi. Dari sudut geografi, gunung Everest diiktiraf sebagai titik tertinggi di dunia, manakala pesisir pantai Laut Mati pula adalah daratan terendah di dunia.
Ещё видео!