Masalah yang sering dihadapi oleh tenaga pengajar di Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia adalah kesukaran untuk mengenalpasti kelas-kelas alternatif atau kelas yang boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas kelas yang telah dijadualkan mengalami kerosakan fasiliti seperti contoh penghawa dingin tidak berfungsi, kerosakan projektor LCD, bilangan kerusi meja tidak mencukupi dan sebagainya. Walaupun jadual kuliah telah disediakan oleh Bahagian Akademik Pusat Tamhidi, struktur penjadualan kelas berubah-ubah setiap masa akibat kerosakan fasiliti tersebut secara tiba-tiba. Impak daripada masalah ini, tenaga pengajar terpaksa mencari kelas yang sesuai dan kondusif di setiap bangunan dan aras di Pusat Tamhidi dan seterusnya menyebabkan masa pertemuan bersama pelajar terjejas.
Melalui sistem aplikasi MyClass (My Class Adjustment System) penjimatan masa dapat dilakukan. Proses semakan dan tempahan kelas yang boleh dilakukan secara mudah dan seterusnya masalah pertembungan kelas antara tenaga pengajar dapat dielakkan.
Ещё видео!