SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah susulan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM17.55 juta dalam 10 serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Rawang, minggu lalu.
Dalam serbuan di Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lalu, polis merampas 354 ketulan heroin seberat 134 kilogram (kg) dan 101 bungkusan plastik disyaki berisi syabu seberat 104 kg dengan nilai keseluruhan dianggar RM15.2 juta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pihaknya membongkar makmal haram memproses dadah ketamin di Rawang, Selasa lalu dan merampas 22 kg ketamin serta 37.1 kg cecair ketamin dianggar bernilai RM2.35 juta.
[ Ссылка ]
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian
Ещё видео!