Intipati jawapan YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kepada soalan dalam pertanyaan lisan berkenaan langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar kebankrapan dalam kalangan usahawan Bumiputera yang baru serta meningkatkan kemampanan golongan terbabit.
KUSKOP menerusi agensi dibawahnya telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kadar kebankrapan dalam kalangan usahawan bumiputera. KUSKOP melalui INSKEN juga akan meningkatkan lagi promosi program-program latihan mengenai ilmu pengurusan kewangan kepada usahawan bagi mengelakkan mereka dari kebankrapan.
Untuk akses informasi terkini mengenai peluang perniagaan dan khidmat nasihat, jom layari Portal MyAssist MSME di www.myassist-msme.gov.my. Portal ini menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk PKS.
#KUSKOP
#KuskoPrihatin
#BekerjaBersamaRakyat
#Usahawan
#Koperasi
#PerusahaanSosial
#MalaysiaMADANI
Ещё видео!