Di Parlimen semalam, YAB Perdana Menteri maklumkan, peruntukan Belanjawan 2024 bagi pembangunan Sabah dan Sarawak merupakan yang tertinggi dalam sejarah untuk mempercepatkan proses pembangunan di negeri-negeri tersebut.
Bagi Sabah, peruntukan keseluruhan daripada Kerajaan Persekutuan yang meliputi peruntukan pembangunan, Pemberian Persekutuan, dan Pemberian Khas berjumlah RM8.43 bilion. Sarawak pula mendapat peruntukan keseluruhan sebanyak RM7.73 bilion.
Insya-Allah, peruntukan tersebut dijangka dapat membantu melicinkan proses pembangunan yang dirancang untuk dimanfaatkan rakyat di negeri Sabah dan Sarawak.
#MalaysiaMADANI
Ещё видео!