Lebih 10,000 umat Islam berkumpul di Setia Alam untuk Festival Darul Ehsan Berselawat meskipun cuaca hujan. Program sempena ambang tahun baharu ini dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, yang hadir bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Majlis dimulakan dengan alunan zikir, solat Maghrib berjemaah, serta selawat dan qasidah oleh kumpulan Majelis Az Zahir. Tokoh Islam terkenal seperti Abah Maulana Habib Luthfi Yahya, Habib Najmuddin Al-Khered, dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf turut hadir.
Kerajaan Negeri konsisten menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat pada pelbagai acara, termasuk pada ambang tahun baharu, Hari Kemerdekaan, dan Program Madani Rakyat. Tahun ini, majlis serupa juga berlangsung di Kuala Selangor pada Februari, Shah Alam pada Jun, dan Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos.
Ещё видео!