Mangsa banjir di Johor berkurang sedikit kepada 6,991 orang daripada 1,841 keluarga di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah, setakat tengah hari 4 Januari.
Ia berbanding seramai 7,112 orang daripada 1,854 keluarga, awalnya.
Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Kluang dan Kota Tinggi kekal sebagai dua daerah paling terjejas dengan lebih 2,000 penduduk yang ditempatkan 39 PPS.
Katanya, mangsa banjir Kluang kurang sedikit kepada 2,376 orang daripada 669 keluarga di 19 PPS pada tengah hari, berbanding seramai 2,527 daripada 691 keluarga, pagi 4 Januari.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!