Lombong Air Kuning, Perak merupakan bekas tapak industri perlombongan biji timah yang begitu rancak ketika zaman penjajahan British. Setelah aktiviti perlombongan tamat pasca merdeka, lombong-lombong di situ mula menjadi tempat pembiakan ikan air tawar tempatan yang popular seperti haruan, lampam dan toman.
Akan tetapi, menjelang lewat tahun 80an, ada sekelompok individu yang melepaskan ikan yang diimport dari luar negara yang bersifat invasif iaitu ikan raja atau lebih masyur dikenali sebagai Peacock Bass (PB). Kehadiran ikan PB ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dijadikan ikan target memancing. Ini kerana ikan ini mempunyai kekuatannya yang memberi cabaran tersendiri kepada pemancing.
Disebabkan itu, Lombong Air Kuning sudah menjadi terkenal sebagai spot memancing PB dalam kalangan pemancing dari tahun 80an hingga kini. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk memujuk ikan PB di sini contohnya teknik bottom menggunakan umpan hidup seperti anak lampam, keli dan seluang. Selain itu, sudah tentu teknik yang popular untuk memikat PB adalah teknik casting menggunakan gewang seperti minnow, soft plastic dan bulu.
Namun, populasi ikan PB di Air Kuning berkurangan selepas kempen untuk 'membungkus' ikan PB yang dilakukan pihak berwajib. Ini kerana pembiakan ikan PB disitu menjadi tidak terkawal hingga memberi ancaman kepada pembiakan ikan tempatan. Bertahun lamanya sudah banyak pihak seperti nelayan darat dan pemancing sendiri yang melibatkan diri dalam usaha mengurangkan populasi PB di situ.
Kini pada 2024, Team EXP ingin melakukan Spotcheck di Lombong Air Kuning untuk mencuba sendiri merasai pengalaman casting ikan PB di spot yang dulunya pernah meriah dengan kehadiran pemancing dari seluruh Malaysia. Dapatkah Team EXP strike ikan PB di spot lagenda ini? Mari kita sama-sama saksikan.
Setup Pertama (MEDIUM LIGHT):
Reel : EXP LEGGERA REEL
Rod : EXP EXPLOSION ROD (5-12LB)
Mainline : EMO 8 (15LB)
Leader : EMO KYOJIN 100% FC LEADER (20LB)
Knot : FG KNOT
Setup Kedua (MEDIUM HEAVY):
Reel : EXP LEGGERA REEL
Rod : EXP HAVOC ROD (PROTOTYPE | 10-20LB)
Mainline : EMO 8 (25LB)
Leader : EMO KYOJIN 100% FC LEADER (30LB)
Setup Kedua:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[EXP FISHING : 𝗪𝗛𝗘𝗥𝗘 𝗙𝗜𝗦𝗛𝗜𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗩𝗘𝗡𝗧𝗨𝗥𝗘 𝗕𝗘𝗚𝗜𝗡𝗦] dgn lebih mudah & seronok 🤩 Kami ada pelbagai barang mancing utk semua lapisan pemancing newbie atau pro 💯
.
Bermula 2015 dgn 100% handmade Thai latex soft frog 🥰 Kini kami ada pelbagai barang lain spt tali braided, leader, rod & reel hasil dari R&D bertahun2 🔥 Selepas 9 tahun, kami ada lebih dari 400 authorised dealers di seluruh Malaysia 💥
.
Semua produk EXP telah diuji & disahkan oleh komuniti EXP & Anglers di seluruh Malaysia 🇲🇾
.
Jom join komuniti EXP Fishing! Kita bukan saja mancing, tapi juga mencipta kenangan & experience baru 🎣 Tak kira beginner ke pro, mari kita EXPLORE, EXPERIENCE, & jadi EXPERT sama-sama! Like & follow EXP FISHING skrg 🥰
.
Tekan je link kt komen bawah atau button [Send Message] klau korang perlu bantuan utk cari barang EXP yg sesuai korg ya🔥
.
🛍EXP FISHING shopee Mall:
shopee.com.my/expfishing.os
🛍EXP FISHING Lazada Mall:
[ Ссылка ]
📲Tiktok Mall EXP:
[ Ссылка ]
🏪Dealer2 EXP Yg Brdekatan
[ Ссылка ]
📲Meh jadi sebahagian [EXP FISHING CLUB] utk dptkan info mancing #TERKINI & bergaul dgn pemancing2 lain🤩:
[ Ссылка ]
#expfishing #wherefishingadventurebegins #expspotcheck #expexplosion #expleggera #expprototype #emokyojin #casting #mancing #peacockbass #airkuning #perak
Music from #InAudio: [ Ссылка ] - No Shelter
Music from #InAudio: [ Ссылка ]- Battlefield
Music from #InAudio: [ Ссылка ]- The Victorious
Ещё видео!