Pendaftaran dan permohonan baru lesen boleh dibuat menerusi [ Ссылка ]
MAKLUMAT PENTING SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN DALAM TALIAN.
Sebelum anda mendaftar untuk kali pertama, pastikan anda mempunyai maklumat berikut :
1. Salinan kad pengenalan pengarah/ pemilik perniagaan seperti yang berdaftar dengan SSM atau
agensi lain berkaitan. atau
2. Surat perwakilan kuasa, jika anda bukan pengarah syarikat / pemilik perniagaan.
3. Salinan dokumen SSM atau pendaftaran perniagaan/ badan profesional.
4. Alamat emel yang boleh digunakan
5. Nombor telefon bimbit yang boleh menerima sms.
DOKUMEN AM YANG DIPERLUKAN KETIKA MENGISI BORANG PERMOHONAN IALAH :-
Anda perlu memuat naik dokumen dalam bentuk .pdf ( bersaiz tidak melebihi 5MB) atau berbentuk
.jpg/.png (bersaiz tidak melebihi 2MB) setiap satu fail. Anda boleh melakukan ‘multiple upload’ fail – fail
berkenaan.
Setiap aktiviti memerlukan jenis dokumen khusus yang berbeza. Namun dokumen lazim yang diperlukan
ialah :-
1. Salinan mykad / salinan passport.
2. Salinan muka surat penting perjanjian penyewaan / perjanjian jual beli.
3. Lakaran pelan lantai dengan luas dan ukuran.
4. Gambar berwarna yang menunjukkan aktiviti di dalam premis.
5. Gambar berwarna yang menunjukkan rupa luar premis dan gambar premis bersebelahan.
6. Sijil pendaftaran perniagaan/ syarikat daripada SSM.
7. Maklumat pemilik perniagaan/ pengarah daripada SSM.
8. Pengesahan Dewan Bahasa bagi setiap ilustrasi iklan. (Pengesahan ini perlu dilakukan dahulu
secara dalam talian menerusi [ Ссылка ]
9. Lain – lain dokumen seperti yang diminta.
Perhatian : Setiap aktiviti memerlukan dokumen khusus yang berbeza.
Sekiranya anda mempunyai kemuskilan untuk mengisi borang permohonan atau menghadapi masalah teknikal hubungi kami menerusi emel smartlesen@mbpj.gov.my
Ещё видео!