KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Lebih 25 negara dan beberapa ketua Negara dari serata dunia menyatakan sokongan secara terbuka terhadap konsep kesederhanaan melalui Gerakan Kesederhanaan Global.
Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay berkata pengiktirafan dan sokongan terhadap konsep itu telah diterima daripada pelbagai pertubuhan antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Asean, pergerakan negara-negara berkecuali (NAM), mesyurat ketua Asia-Eropah (Asem) dan Komanwel.
"Baru-baru ini, semasa pertemuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dengan Presiden Barack Obama di Sidang Kemucak Asean ke-21 di Phnom Penh, Presiden Obama telah mengakui bahawa konsep kesederhanaan yang dipelopori GMM mampu menyumbang ke arah keselamatan dan keamanan sejagat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abu Bakar Taib (BN-Langkawi) di Dewan Rakyat hari ini.
Abu Bakar bertanya sama ada NAM masih relevan dan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan peranan GMM dalam kedua-dua pertubuhan itu.
Dalam pada itu, Kohilan berkata Malaysia berpandangan bahawa OIC boleh menggunakan pendekatan GMM untuk memenangi penularan minda masyarakat Islam sedunia bagi memerangi penularan gejala ekstremisme dan keganasan.
Beliau berkata satu daripada contoh itu ialah kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Filipina dengan bantuan Malaysia dalam rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
"Konsep kesederhanaan yang diguna pakai oleh Malaysia sebagai 'orang tengah' dalam isu ini telah membuahkan hasil di mana kedua-dua pihak yang berperang akhirnya telah dapat mencapai kedamaian setelah 40 tahun berada dalam konflik," katanya.
Selain itu, Kohilan berkata penubuhan Kerusi Akademik Wasatiyyah di Universiti Malaya boleh diguna untuk menggalakkan lebih ramai golongan cendekiawan dalam subjek kesederhanaan terutama dari negara-negara anggota OIC mendalami konsep kesederhanaan.
Lagi [ Ссылка ]
Ещё видео!