#Hajj #Hajj2023 #Malaysia #pilgrim #umrah #malaysian #vlogger #tips #haji #haramain #BangChikLife #mina #Arafah #Jemaah #indonesia #thailand #brunei #singapura #filipino #asean #Asia
Kehangatan musim haji tahun 2023 makin terasa, dengan krusus-krusus haji telah berjalan, senarai Travel Agent Haji ( PJH ) pun telah diumunkan oleh pihak tabung haji Malaysia.
Cuma surat panggilan haji sahaja belum diberi. Walaupun surat panggilan haji belum dikeluarkan, pakej-pakej haji swasta telah rancak berlegar-legar sekarang.
Setelah tabung haji mengumumkan, ramai juga telah mendaftarkan diri bersama-sama pakej swasta untuk memudah cara untuk mendapat panggilan haji.
Yang paling pening bila tengok senarai harga yang bermacam-macam ditawarkan, dari 25k hinggalah ke 200k.
Untuk vlog kali ini, BangChik bawakan kepada anda semua melihat gambaran jelas apakah tawaran-tawaran yang disediakan oleh pihak yang menawarkan pakej. Tapi ini hanyalah gambaran dari musim haji-haji yang lepas. Mungkin berubah, mungkin sama kita tak tahu.
Jom ikuti BangChik sambil-sambil melihat suasana mina bukan musim haji.
Ada juga yang bertanya, travel mana yang bagus dalam pengurusan haji, ini semua terjawab dalam vlog kali ini dan yang paling penting,
Jika anda ingin berurusan dengan sesiapa untuk menanyakan pakej-pakej tersebut, tanya dahulu beliau dah pergi haji atau belum. Sebab yang dah pergi haji sahaja mendapat gambaran sebenar haji. Itu nasihat BangChik yang ikhlas.
#BangChikLife
Ещё видео!