This video is about Pos Laju Malaysia
Kronologi:
-Jenis buah Mangga Harum Manis dari Perlis ke Sepang Selangor (Mangga ini tidak dijual di pasaraya)
-menurut rekod dari system Pos Laju, penjual mula membuat penghantaran pada 14 hb dari Perlis dalam kotak dengan kemas (mmg banyak buah dihantar dari perlis waktu ini kerana musim buah mangga Harum Manis)
-Sampai Klia 16 hb (antara klia dengan rumah saya 15 ke 30 minit sahaja) pada waktu ini saya telah di maklumkan kawan dari Johor Bharu telah menerima Mangga Harum Manis dalam keadaan yang baik.
-dalam rekod online pos laju, package telah keluar untuk penghantaran pada 16hb itu juga sebaik ia sampai di KLIA (system rekod Pos Malaysia terhenti setakat itu dan tiada rekod di hantar ke mana selepas itu)
-saya buat aduan pada 20hb
-pos laju hubungi saya bertanyakan apakah perlu buah ini di hantar atau saya hadir datang untuk ambil package tersebut (No Tel pemanggil bermula angka 06 manakala saya berada di sepang biasanya bermula 03)
-saya meminta package dihantar segera
-buah sampai pada 23 hb dalam keadaan busuk dan kotak bungkusan juga telah hancur (Pihak POS Laju terpaksa meletakkannya dalam beg plastik)
Selepas kes ini:
- kami buat aduan kepada penjual buah dan buah diganti dan dihantar menggunakan courier lain hanya mengambil masa 3 hari sahaja (buah mula masak pada hari ke 4).
Cadangan kepada POS Laju
-Saya berharap POS LAJU mula invest kepada system yang lebih baik dan cekap seperti di negara-negara maju.
-Sekiranya berlaku kesesakan ketika proses penghantara. POS Laju sepatutnya tidak menerima atau memberi tahu kepada penghantar bahawa akan berlaku kelewatan.
-Akibat dari kelewatan ini penghantar akan kerugian, manakala POS Laju tetap mendapat untung kerana polisi yang berat sebelah.
Pendedahan video ini bukanlah untuk menjatuhkan POS Laju, Pos Laju adalah syarikat yang besar, dengan New Norma waktu Covid-19 menjadikan perkhidmatan penghantaran seperti ini adalah yang paling menguntungkan waktu ini, maka tibalah masanya POS Laju mengambil manfaat dan peluang ini dengan lebih baik dan tidak mengecewakan pengguna.
Ещё видео!