Polis Perlis menahan sepasang kekasih kerana aktif mengedar dadah untuk pasaran sekitar Lembah Klang.
Penahanan susulan serbuan di sebuah rumah di Taman Impian, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. minggu lalu.300 kilogram ganja dianggar bernilai RM750,000 dirampas termasuk sebuah motosikal disita.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, lelaki tempatan dan wanita warga Indonesia itu menjadikan rumah sewa terbabit sebagai transit sebelum dipasarkan di Lembah Klang.
Ganja tersebut dipercayai diseludup masuk melalui jalan laut dari negara jiran sebelum dibawa menerusi jalan darat dari Perlis ke Pulau Pinang.
Kedua-dua suspek berusia 41 dan 37 tahun kini direman.
Ещё видео!