Audio Siar Keluar Sekejap Episod 131 bersama tetamu khas YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang antaranya membincangkan perjalanan dan perjuangan politik haluan kiri serta kritikan-kritikan terbuka beliau melalui penulisan.
Episod ini juga menyentuh tentang prinsip Kerajaan Madani terhadap beberapa isu seperti pemilihan U Mobile bagi pelaksanaan rangkaian kedua 5G serta peruntukan kepada semua Ahli Parlimen.
Keluar Sekejap juga berkesempatan mengulas tentang pemilihan Presiden AS pada Rabu lepas yang telah dimenangi oleh Donald Trump.
Episod 131 Keluar Sekejap ini ditaja oleh foodpanda. Dapatkan diskaun RM7 dengan memasukkan kod 'JIMAT' apabila anda membuat pesanan melalui foodpanda*.
*tertakluk kepada terma dan syarat serta restoran terpilih sahaja
Bagi yang berminat menaja episod Keluar Sekejap untuk 2024, boleh hubungi +601119191783 atau emel kami di commercial@ksmedia.my
Timestamp EP131
00:00 Intro
02:24 Donald Trump kembali sebagai Presiden AS Kali ke-2
13:40 Isu Gaza dan dasar luar AS di bawah Trump
17:28 Tarif dan kesannya pada perdagangan global
23:56 FV dan pelaburan GLIC
35:08 Pengenalan dan latar belakang Hassan Karim
46:42 Gabungan PRM dan PKR
54:48 Kerajaan Perpaduan dan komprominya demi kuasa
1:27:22 Peruntukkan Ahli Parlimen secara adil
1:37:19 Pemilihan U Mobile untuk pelaksanaan rangkaian kedua 5G: Kronisme dan Kapitalisme
1:41:07 Masa Depan Digital Malaysia (DNB)
Ещё видео!