#BuletinBernama : Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mampu bertahan walaupun terdapat ahli daripada parti lain yang menarik balik sokongan kepada kerajaan sedia ada.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, ramai ahli parlimen menghubungi beliau menyatakan sokongan penuh terhadap pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri yakin kerajaan sekarang masih mempunyai kekuatan untuk meneruskan pentadbiran negara.
Ещё видео!