Polis menahan empat lelaki ahli 'Geng James' yang dipercayai terbabit dalam tiga kes samun bersenjata di daerah Manjung, Perak.
Keempat-empat suspek berusia antara 17 hingga 25 tahun itu ditahan enam jam selepas menyamun.
Katanya, dalam kejadian jam 7.30 pagi Rabu lalu, seorang lelaki cedera ditetak oleh suspek yang menaiki perodua myvi berwarna putih.
Kejadian berlaku di jalan Taman Terus Maju, Sitiawan, ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Setengah jam kemudian, kumpulan sama turut menyamun seorang wanita di hadapan rumahnya, yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian pertama sebelum cuba menyamun sebuah lagi rumah di Sungai Wangi .
Keempat-empat suspek positif dadah.
Polis kini sedang memburu dua lagi suspek dikenali sebagai S.Arjunan, 22 tahun dan Y.Kaviyarasan, 26 tahun juga dipercayai ahli kumpulan terbabit.
Ещё видео!