Jaringan Prihatin merupakan satu program di bawah Belanjawan 2021 dengan faedah keseluruhan program berjumlah RM3.5 bilion untuk membantu penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.
Secara umumnya, program ini adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia. Jika anda penerima yang layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program ini.
Jangan lupa subscribe YouTube Channel Ali Gajet!
#jaringanprihatin #jaringanprihatinrm300
Ещё видео!