Ketahui langkah-langkah untuk memohon Pengeluran i-Citra.
Dapatkan maklumat lanjut di: [ Ссылка ]
---
i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021.
Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.
Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP, laman web di www.kwsp.gov.my, atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
Panduan Pengguna i-Citra Online - Permohonan
Теги
i-citraicitraicitra onlinekwspepfkumpulan wang simpanan pekerjaemployees provident fundpengeluaran icitrapengeluaran i-citrai-citra withdrawalicitra withdrawalwithdrawalpemulihpakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomirm5krm5000mofministry of financekementerian kewanganakaun 1akaun 2akaun1akaun2akaunkwspi-akauniakauniakaun kwspi-sinarisinarilestarii-lestariicitra kwspi-citra kwsp