Sebanyak 65 ribu ekor anak udang galah telah dilepaskan di Sungai Lubok Boyak di Kampung Paya Mebi, Batu Kitang untuk tujuan pembiakan jangka masa panjang.
Projek ini diharap dapat menggalakkan penyertaan penduduk kampung dalam aktiviti memancing udang galah sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan selain meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.
Loji ini terletak berdekatan Sungai Sarawak Kiri, dan berfungsi untuk membersihkan air sungai yang disalurkan kepada penduduk di Bandaraya Kuching dan sekitarnya. Setakat ini, Loji Rawatan Air Batu Kitang membekalkan sekitar 650 juta liter air sehari untuk kegunaan 900 ribu penduduk sekitar Kuching.
Selain itu, di Batu Kitang mempunyai sebuah lokasi awam iaitu Bamboo Forest yang terletak di Kampung Semeba. Pengunjung boleh merasai pengalaman menyusuri laluan dikelilingi oleh pokok-pokok buluh di sini. Ia antara lokasi pilihan bagi penggemar aktiviti menyusuri hutan atau jungle trekking. Di samping itu, anda dapat menikmati keindahan alam ketika menyusuri hutan buluh ini, tempat ini juga merupakan lokasi strategik untuk melihat pemandangan matahari terbenam di puncak paling atas di kawasan hutan Buluh ini.
Pelbagai informasi menarik kawasan DUN Batu Kitang Sarawak hanya di TVS, saluran 122.
#SarawakDecides #tvs #tvsmy #beinformed #DUN
Ещё видео!