Permohonan mulai 5 Januari, PTPTN laksana pelanjutanpenangguhan bayaran balik pinjaman..
[ Ссылка ]
IMPAK pandemik Covid-19 sememangnya dirasai semua lapisan masyarakat di negara ini. Antara yang turut terkesan tentunya lepasan universiti yang masih mempunyai baki pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Terbaharu, PTPTN menjelaskan bahawa pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman diberi keutamaan kepada peminjam yang diberhentikan kerja dan pendapatan berkurangan. Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam perlu mengemukakan permohonan tersebut melalui portal rasmi PTPTN bermula pada 5 Januari hingga 31 Mac 2021. “Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa membuat permohonan, ” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Menurutnya, pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh tiga bulan akan bermula pada bulan yang sama. Katanya, ia berdasarkan kelulusan permohonan yang diberikan PTPTN dan dua bulan ke hadapan antara Januari hingga Mei 2021. “Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan ...
Ещё видео!