Resepi Mee Kari Ayam Simple
Hidangan (5-6 orang makan)
Bahan A (bahan hiris/kisar)
1 batang serai (dititik)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang kecil/merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu udang kering
Bahan B
2 paket mi kuning NuMee
1 mangkuk bahagian isi ayam
5 biji telur rebus
1 kotak santan kesil
1 paket kari ayam & daging
1 paket kari ikan
1 paket fishball
1 kiub ayam
2 biji kentang (dipotong kecil)
2 tangkai sawi, potong dan rebus
tauhu kering/tauhu lampong
limau nipis
1 batang daun kari
4 sekawan
2 keping asam keping
bawang goreng
sedikt air
Cara buat mi kari simple sedap:
1. Panaskan 2 senduk minyak dan tumis 4 sekawan dan daun kari.
2. Masukkan bahan kisar (bawang-bawang dan halia), tumis sampai naik bau.
3. Masukkan sedikit air. Kacau sampai masak atau bertukar warna kekuningan.
4. Dah naik minyak, masukkan serbuk kari.Masukkan sedikit air
5. Masukkan isi ayam, kentang dan biar seketika
6. Masukkan asam keping, serai yang dititik
7. Masukkan 1 kotak santan.
8.Masukkan air secukupnya.
9.Masukkan fishball & tauhu lampong
10.Masukkan kiub ayam, perasa dan dengen garam dan secukup rasa.
TIPS!
Rebus telur biarkan sjuk dan potong dua bahagian
Celur seketika sawi dan asingkan
Boleh tambahkan taugeh, hirisan cili merah
Boleh juga masukkan fishcake
Selain ayam, boleh gantikan dengan udang atau kerang
Tambahkan 2 sudu bancuhan serbuk cili kalau nak pedas
Ещё видео!