Panjut malam tujuh likur tetap meriah walau di musim PKPB..
[ Ссылка ]
JOHOR BAHRU: Menjadi tradisi di sesetengah tempat di negara ini, malam tujuh likur di penghujung Ramadan dinanti, dengan niat semata-mata untuk memeriahkan suasana. Ketika ini, walaupun dalam keadaan negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Jabatan Penyiaran Johor tetap memilih untuk memasang panjut atau pelita sempena malam tujuh likur. Lazimnya, panjut menerangi kawasan perumahan tetapi kali ini, jabatan tersebut memilih cara tersendiri dengan memasang 550 batang pelita bagi menghiasi bangunan pejabat. Timbalan Pengarah Penyiaran Johor, Md Sahri Saripan berkata, tujuan pihaknya memasang pelita pada malam tujuh likur adalah lebih kepada ingin meraikan kakitangan yang terpaksa bertugas di musim perayaan susulan penularan wabak COVID-19. Jelasnya, walaupun ia dilakukan secara sederhana, namun tampak meriah, selain memelihara budaya tradisonal masyarakat Melayu. "Di Johor ini, tidak asing memasang lampu panjut menjelang Aidilfitri. Kalau dulu ada orang anggap ia ...
Ещё видео!