Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu yang bakal bermula esok, mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau berkata dana berjumlah RM3.1 bilion itu disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
BKC memanfaatkan 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
Rabu lalu Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas dan berikutan itu, telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.
Beliau juga berkata kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Semakan status BKC boleh dibuat melalui portal [ Ссылка ] .
Sumber: @BeritaRTMBES
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
Ещё видео!