Hai semua, kalini Dayang nak kongsikan resepi sarapan pagi iaitu Pancake yang Gebu dan Lembut walaupun dah sejuk. Kalau dah jemu dengan Nasi Lemak atau roti canai bolehla cuba tukar selera dengan buat pancake ni ye.
Dengan bahan-bahan yang minima, Dayang kongsikan cara yang mudah untuk hasilkan pancake yang gebu dan lembut ni,ala-ala yang dijual kat restoren francais segera yang terkenal tu, ala2 hotel pun ada, yang pasti anak-anak sangat suka makan ni. Pancake ni sesuai dimakan begitu sahaja atau diletakkan butter kat atas, tuang bersama madu atau syrup kegemaran anda, untuk anak-anak pula, boleh hidangkan bersama sos coklat atau sapuan perisa coklat, atau strawberi. Jom layan video untuk lebih jelas cara penyediaan dan tips masak pancake yang lembut dan gebu ni.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk penaik(baking powder)
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1+ 1/2 cawan susu segar full cream/low fat
4 sudu besar butter/marjerin yang di cairkan
Ingredients
2 cups of all purposes flour
2 tbsp baking powder
3 tbsp castor sugar
1 tsp salt to taste
2 eggs
1 tsp vanilla essence
1 + 1/2 cups of fresh milk(full cream or low fat)
4 tbsp melted butter/margarine
Tips penting:
1)Lepas adun semua bahan biarkan atau rehatkan adunan selama 10minit sekurang-kurangnya untuk tepung dan serbuk penaik bertindak, baru boleh start masak pancake
2)Guna api paling kecil untuk masak pancake supaya tak cepat hangus ye
Sebarang urusan rasmi boleh hubungi Dayang ni emel dibawah
📧daayangsuri@gmail.com
#pancake #pancakelembut #pancakegebu
Resepi Pancake Gebu | Mudah dan Sedap
Теги
pancake gebupancake gebu dan sedappancake gebu mudahpancake gebu jepunpancake gebu resepipancake gebu viralpancake gebu sukatan cawanresepi pancake gebu dan lembutresepi pancake geburesepi pancake mudahresepi dayang suriresepi souffle pancake gebucara buat pancake gebucara nak buat pancake gebucara nak masak pancakepancake recipepancake recipe easypancake simpleresepi wafflecara membuat pancake gebupankek gebu