Bagi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa orang kenamaan dan barisan hadapan hanya mengambil vaksin yang dikatakan terbaik iaitu BioNtech, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menawarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin Sinovac sama seperti yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu menasihatkan orang ramai agar memandang positif tentang program imunisasi yang dilakukan oleh kerajaan.
Beliau mengulas perkara itu dalam sidang media selepas Program Sumbangan Bakul Makanan secara pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan.
Seramai 108 orang terdiri daripada pemandu bas, teksi dan penjaja menerima sumbangan berkenaan.
Sumber: @BeritaRTMBES
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
Ещё видео!