JOHOR BAHRU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga yang bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin@Sylvester, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.
Mengikut kertas pertuduhan, Rosmaini Abd Raof, 41, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah yang sedang hamil dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.
Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan penjara 10 tahun itu pada akhir pembelaan kes berkenaan terhadap Rosmaini selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah sepanjang perbicaraan berlangsung selama tiga tahun dengan 11 saksi pendakwaan dipanggil.
[ Ссылка ]
------------------------------------------------------------------------------------------------
#BeritaHarian #BHonline #BHTV
➡ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ WhatsApp Channel [ Ссылка ]
▪️ LinkedIn [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ Facebook [ Ссылка ]
▪️ X [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!