Pada asalnya masjid Tronoh terletak di kawasan tapak kedai dan bengkel milik masjid Tronoh yang ada sekarang. Ia dibina pada awal tahun 1900 yang ada kaitan dengan sumbangan Raja Billah dari Sumatera yang pada masa itu sangat kaya, beliau memiliki rumah gadang di Papan Perak. Beliau banyak terlibat dengan perniagaan dan pelombongan bijih timah. Beliau juga mendirikan masjid di Pekan Papan Perak yang sekarang tinggal using. Masa berlalu, Masjid Tronoh juga turut menjadi usang , masjid sekarang ini yang didirikan pada awal 1970 adalah sebagai pengganti masjid yang lama yang bentuknya agak serupa dibeberapa tempat dalam negeri Perak berdindingkan jaring papan, kos RM 25,000.00. Jemaah yang ada pada masa itu amat sedikit kerana sekitar masjid hanya penduduk dari Kg Merbau dan Perumah Awam Jalan Siputeh serta Klinik kesihatan Kecil Tronoh sahaja , manakala waktu solah Jumaat ia dihadiri oleh penduduk dari Kg. Bali, Kg. Kurnia dan Kg. Serkai Jadi.
Dari masa ke semasa masjid Tronoh diubah suai dengan melakukan sedikit penambahan dan pembesaran ia tidak menampakkan sangat keseniannya sebagai sebuah masjid yang sepatutnya, dengan keadaan sekarang di tempat yang kian membangun ini.
Untuk makluman, pembinaan masjid baru Ar-Rahmaniah kini giat dijalankan dan telah melalui fasa 2 binaan.
Layari laman web link di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut & sumbangan wakaf yang ingin disalurkan berkenaan pembinaan Masjid Baru Ar-Rahmaniah, Tronoh.
[ Ссылка ]
Ещё видео!