Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli membatalkan hasratnya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu Felda yang kini mengalami kerugian.
Katanya, sekiranya beliau berbuat demikian, pihak berkuasa akan menutup kes tersebut atas alasan ia adalah bersifat politik.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Dang Wangi hari ini.
Rafizi hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Jabatan Pengarah dan bekas pengurusan Felda dari tahun 2013 hingga sekarang ekoran mengalami kerugian yang sangat membimbangkan.
Katanya, Felda mengalami kerugian teruk dari tahun 2012 hingga 2014.
Jelasnya, Laporan Tahunan Felda 2014 menunjukkan Felda mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.023 bilion.
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) itu turut telah membelanjakan sebanyak RM2.535 bilion bagi menjalankan aktiviti tanam semula bagi pihak peneroka manakala baki jumlah hutang Felda RM6.13 bilion.
Sebelum ini Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
Ещё видео!