Hi Semua, kali ni kita ke pasar malam pulak sebab dah lama teringin apam balik versi lembut tebal dan gebu. Mesti ramai yang rindu nak makan kan? Ada sesetengah negeri atau negara lain panggil terang bulan atau martabak manis. Resepi berbeza dari veri nipis yg Che Nom pernah share dulu, dan masak pun mudah..guna kuali non stick aja. Kita nak dapatkan tekstur berongga tu untuk hasilkan apam balik yang lembut berongga dan gebu. Luarnya pulak masak dengan perang sekata. Walaupun sejuk..apam balik ni masih lagi lembut...dan Che Nom tunjuk juga cara nk buat kacang tanah kisar…ada bnyk tips dalam video ni kalau anda betul-betul nak buat, sila tonton sampai habis ok!
NOTA: Resepi ni dapat 3 biji apam balik tebal saiz kuali 24cm
//Bahasa Melayu
-----------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 ½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
½ cawan gula
1 biji telur
2 sudu besar mentega atau majerin
1 ½ cawan air
½ sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Gula
1 mangkuk kecil kacang tanah
Jagung manis berkrim
Ketulan mentega
Majerin, untuk sapuan
//English
-------------------------------------------------------
Ingredients:
2 cups plain flour
2 ½ teaspoon baking powder
½ teaspoon baking soda
a pinch of salt
½ cup sugar
1 egg
2 tablespoon butter or margarine
1 ½ cup water
½ teaspoon vanilla essence
Yellow food coloring
Sugar
1 small bowl peanuts
Sweet creamy corn
Butter chunks
Margarine, for brushing
Instagram: [ Ссылка ]
Twitter: [ Ссылка ]
Facebook: [ Ссылка ]
#resepichenom #apambalik
Ещё видео!