2 buruh nafi cederakan polis [METROTV]..
[ Ссылка ]
DUA buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini, atas pertuduhan menghalang dan mencederakan anggota polis yang cuba menahan mereka, Isnin lalu. Tertuduh, Muhammad Akmal Saberi, 22, dan Mohd Amirul Izzat Jafri, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Mengikut pertuduhan yang dibaca secara bersama, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang tugas pegawai dan anggota polis di Tambun Tulang pada 1.45 tengah hari, 22 Jun lalu. Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM10,000 atau keduanya sekali. Bagi pertuduhan berasingan ke atas Muhammad Akmal, dia dituduh menyebabkan kecederaan ke atas koperal polis yang ketika itu sedang menjalankan tugas pada masa dan tarikh sama. Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan. ...
Ещё видео!