#BuletinBernama #Parlimen
Kerajaan meluluskan 93 projek baik pulih bangunan daif di sekolah-sekolah negeri Sarawak bagi fasa satu dan fasa dua setakat 17 Ogos, dengan kos berjumlah RM700 juta.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata pelaksanaan projek baik pulih itu dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion, iaitu kontrak bayaran balik pinjaman mengikut mekanisme khusus yang telah dipersetujui secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan negeri Sarawak.
Ещё видео!