Resepi kek pandan santan paling mudah dan gebu dengan sukatan cawan. kek pandan santan ini menggunakan bahan asas sahaja.
Resepi Kek Pandan yang sangat mudah. Sudah pasti hasilnya juga kek pandan yang sangat lembut gebu dan sedap.
Bahan - Bahan:
Bahan A:
3 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil perisa pandan
1/4 cawan santan pekat
1 sudu besar ovalete
3/4 cawan tepung naik sendiri
Pewarna makanan hijau
Sedikit garam
Bahan B
3 sudu besar minyak masak
Cara-cara :
1. Masukan semua Bahan A ke dalam mangkuk atau bekas. Kisar sehingga bancuhan kembang .( Lebih kurang 10minit).
2. Kemudian masukan Bahan B, minyak masak.Kacau rata.
3. Sediakan loyang kek. (kami menggunakan 6 inci saiz loyang). Sapu sedikit minyak atau marjerin. Kemudian letakan kertas pelapik.
4. Tuangkan adunan kek pandan ke dalam loyang dan tinggalkan sedikit.
5. Baki adunan tadi ditambah dengan sedikit pewarna makanan (hijau) untuk membentuk corak di atas permukaan. Tuangkan secara bebas di atas bancuhan kek.
Gunakan lidi untuk membentuk corak mengikut kreativiti anda.
4. Bakar pada suhu 150 selama 50minit(bergantung pada ketuhar masing - masing) atau sehingga masak. Cucuk dengan lidi dan jika tiada adunan melekat pada lidi. Tanda kek sudah masak.
5. Hasilnya akan dapati kek pandan yang sangat sedap, lembut dan gebu. Selamat Mencuba
Muzik oleh : Ikson
[ Ссылка ]
#malaykitchen #resepikekpandan #kekpandansantan
Resepi kek pandan santan | mudah dan gebu | sukatan cawan
Теги
kek pandan santanresepi kek pandankek pandanresepi kek pandan simplekek pandan simplecara buat kek pandankek pandan bakarkek pandan mudahkek pandan sukatan cawankek pandan azlina inakek pandan aslikek pandan bakar mudahkek pandan gebu dan lembutkek pandan simple dan sedapkek pandan santan sukatan cawankek pandan santan bakarkek pandan santan gebukek pandan santan viralresep kek pandan santancara buat kek pandan santan