Kenapa sy berhenti menggunakan BOSS Noise Suppressor NS-2?
Why I Stopped Using BOSS Noise Suppressor NS-2?
Turn up your volume 🔊
Listen to the sustain 👂
Setelah melihat video ni sy yakin ramai orang yg akan menjual punya mereka dan sales product ini juga akan jatuh 😆 sy bukan mau memburuk - burukkan tetapi ini adalah fakta yg semua orang harus tahu because we spend our money to get the effective product but this is what we've got.
Sebelum kita mula sy explain sikit apa tu noise suppressor khas untuk beginner a.k.a newbie, noise suppressor adalah suatu alat yg di gunakan untuk me'reduce bunyi kotor di dalam sound kita seperti hiss, buzz, dan humm. Untuk noise suppressor jenis BOSS ini ia hanya memiliki tiga knob sahaja iaitu Threshold, Decay dan Reduction/Mute, mari kita bahas satu persatu 👇
Knob yg pertama iaitu Threshold, berfungsi sebagai gate untuk mengawal/mengekang sekuat apa dirty signal itu, cara guna set kan pada level yg paling minimal jika masih kedengaran ada bunyi2 yg kotor naikkan level threshold perlahan2 dan berhenti pada titik di mana bunyi itu sudah hampir jernih.
Knob yg ke dua iaitu Decay, berfungsi untuk memastikan sound kita mengalir dengan baik, sound itu haruslah ring dan fade out naturally, untuk noise suppressor jenis yg ini hanya ada satu cara guna sahaja iaitu setkan pada kedudukan yg paling minimal iaitu pada 0%.
Knob yg ke tiga Reduction/Mute, tiada apa2 penjelasan untuk bahagian ni kerana knob ni just a mode mau guna mode Reduction atau Mute.
Nah sekarang kita kembali ke tajuk utama, apa sebenarnya problem BOSS Noise Suppressor NS-2 ni?.. Sy tahu ada ramai orang yg guna benda ni tapi mungkin mereka tidak pernah perasan walaupun benda ni sangat bagus untuk reduce the unwanted noise such as the hiss, buzz, humm from our signal/sounds tapi dalam masa yg sama dia cut kita punya sustain which I really hate.
Menurut buku manual sekiranya sound kita tidak mempunyai sustain yg baik sila adjust knob decay akan tetapi setting yg sy kenakan pada masa ini ialah sudah mencapai tahap 0% of decay so maksudnya I have nothing left to do dan dengan ini sy ingin menamakan pedal ini as "Busted!!".
Berdasarkan penelitian sy benda yg problem dalam pedal ni sebenarnya adalah pada fungsi Decay dia, sebab fungsi Threshold dia memang cukup baik sebising apa pun sound kamu dia boleh senyapkan tapi fungsi Decay dia memang sangat lemah, Decay ni dia ada certain spot atau loudness yg kena set dalam pedal ni so apabila sound atau signal yg pedal ni terima daripada gitar tidak cukup kuat, weaker atau semakin melemah maka bunyi tu akan terus lesap, terus putus means you will never get a long sustained sounds.
Kepada kawan2 yg memiliki pedal ini kamu boleh cuba try test sendiri ya kemungkinan sy yang salah, tapi kalau kamu dapat result yg sama you can thank me later ☺️
Signal Chain:
My guitar - Noise Suppressor Input - (Send - OverDrive - Return) - Noise Suppressor Output - Amplifier.
(As recommended by the manual book).
Perlu di fahami tujuan menggunakan noise suppressor ini ada dua yg pertama iaitu to reduce the noisy sounds dan yg ke dua dalam masa yg sama sound itu haruslah ring dan fade out naturally dan inilah kelemahan pedal Boss Noise Suppressor ini dia gagal membuat the sounds fade out naturally bahkan ia cut the sustain. Sy lebih rela sound sy ada sedikit noisy daripada sustain kena cut kerana sustain itu sangat2 penting, sedikit noisy is normal.
Sy tidak menggunakan sebarang compressor mahupun delay untuk support the sound, it is just my guitar, single overdrive pedal, the noise suppressor pedal and then goes to the speaker.
Di larang percaya bulat - bulat sebelum mencubanya sendiri.
Please use your headphones for better experience.
Follow Me:
Facebook: [ Ссылка ]
Instagram: [ Ссылка ]
Tik Tok: [ Ссылка ]
Twitter: [ Ссылка ]
My Facebook pages:
[ Ссылка ]
#BOSS #NoiseSuppressor
Ещё видео!