Perkeso longgarkan syarat PSU jayakan Penjana..
[ Ссылка ]
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso) melonggarkan beberapa syarat di bawah Program Subsidi Upah (PSU) bagi membantu kerajaan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ia termasuk mengurangkan waktu kerja atau gaji sedia ada dengan persetujuan antara majikan dan pekerja. Selain itu katanya, pihaknya juga akan memperluaskan liputan dan memfokuskan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk pekerja yang bersetuju cuti tanpa gaji khusus kepada perniagaan yang dilarang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta sektor berkaitan pelancongan seperti syarikat penerbangan dan pengusaha hotel. Katanya, Perkeso juga akan melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja atau Penjana Kerjaya membabitkan peruntukan RM1.5 bilion yang dapat memberi manfaat kepada 300,000 pencari kerja. "Insentif pengambilan pekerja antara RM600 hingga RM1,000 akan diberikan kepada majikan sekiranya mereka meng ...
Ещё видео!