Peminat-peminat mee goreng, hadirkan diri anda! Untuk episod yang pertama sekali untuk The Noodle Show, kami berada di TTDI KL untuk melihat sebuah gerai mee goreng iaitu Mee Goreng Mamak Ali. Mee Goreng Mamak Ali ini merupakan resepi turun temurun 3 generasi, iaitu dari arwah neneknya, ayahnya dan terus ke Ali. Keunikan Mee Goreng Mamak Ali ini terletak pada sosnya yang dibuat sendiri dari rumah.
Jom layan siri terbaharu kami iaitu The Noodle Show!
📍 Lokasi » Mee Goreng Mamak Ali, Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (berhadapan Shell)
⏰ Waktu Operasi » Buka setiap hari kecuali Hari Ahad pada jam 9am - 10pm
☎️ Nombor Telefon » 011-1724 4452
💬 Instagram: meegorengmamak.ali
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Ещё видео!