Denggi di Pahang didapati meningkat secara mendadak kepada 996 kes sejak awal Januari sehingga 9 April lalu dengan empat kematian dicatatkan.
Ini berbanding 845 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, dua kematian di laporkan di daerah Kuantan masing-masing satu kes di Pekan dan di Temerloh.
Berikutan peningkatan kes denggi, jabatan terbabit turut melancarkan operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes di seluruh Pahang semalam.
Kuantan mencatatkan kes denggi tertinggi iaitu 578 kes dan Temerloh 135 kes.
Manakala di daerah Maran, Jerantut, Bera, Pekan, Raub dan Bentong masing-masing mencatatkan bilangan antara 29 dan 74 kes.
Pemilik premis yang membiarkan pembiakan jentik-jentik juga akan di kompaun sehingga RM500, mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Operasi berakhir Jun ini.
Ещё видео!