Assalammualaikum semua! Hari ini Maktok kongsikan cara membuat kek pandan yang gebu dan lembut sekali. Resepi ini hanya menggunakan sukatan cawan sahaja.
Bahan-bahan ( kisarkan )
3 biji telur
1/4 cawan Susu cair
1/4 cawan minyak
1/2 cawan gula
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pandan emulco
1/2 sudu teh pewarna hijau
Selepas blend. Kemudian campurkan dengan 1 cawan tepung penaik kek. Seterusnya, oleskan loyang dengan marjerin dan tuangkan adunan yang dah sebati. DB selalu masa tuangkan adunan, pasti akan tapiskan dahulu.
Kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak. Gunakan lidi untuk tahu kek sudah masak.
Untuk resepi penuh, boleh terus tengok di video yang Maktok ajarkan. Semoga bermanfaat buat semuanya.
✨Jangan lupa subscribe channel Maktok Kitchen serta tekan butang loceng supaya tidak ketinggalan resepi-resepi yang terbaru 🤗
[ Ссылка ]
#kekpandangebugebas #caramembuatkek
#kekpandanlembut #resepi #recipe
Ещё видео!