Banjir: 798 orang dipindahkan di Johor [METROTV]..
[ Ссылка ]
MANGSA banjir di Johor meningkat mendadak kepada 798 orang yang ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah. Ia berbanding 713 orang di 11 PPS, petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, Kulai menjadi daerah terbaharu terjejas banjir dengan satu PPS dibuka tengah malam tadi. "Sehingga kini, banjir di Johor membabitkan empat daerah iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian dan terbaharu, Kulai," katanya dalam kenyataan,hari ini. Sementara itu, Vidyananthan berkata, langkah berjaga-jaga dan pemantauan akan terus ditingkatkan berikutan hujan lebat berterusan yang turun sejak awal pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini turut mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tujuh daerah termasuk Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing sehingga tengah hari ini. ...
Ещё видео!