14 Nov (Khamis) – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Masjid Ar-Rahim, Bahau, Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis penyerahan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Pengarah JHEAINS, Setiausaha MAINS, Adun Bahau, Adun Jeram Padang, Ketua-ketua Jabatan, Jurutera Daerah serta Ahli kariah setempat.
Masjid ini mula dibina pada 30 Mac 2021 dan telah berjaya disiapkan pada 18 September 2024 dengan peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM6. 9 juta. Masjid yang telah dibina di atas tanah berkeluasan 5 ekar boleh menampung sejumlah 1000 jemaah pada satu-satu masa. Pembangunan masjid ini menjadi tumpuan kepada kariah yang bermastautin di Taman Desa Puteri, Taman Kasih Putera, Taman Bahau dan Bandar IOI Jempol bagi menunaikan ibadah serta menjalankan program komuniti bersama.
Majlis ini telah diumumkan pengisytiharan solat Jumaat oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan semua para jemputan juga menunaikan solat Zuhur berjemaah. Majlis juga diserikan dengan majlis penyampaian sumbangan berupa barangan kepada 10 penerima sumbangan Ziarah Kasih Madani. Selain itu, pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) turut menyampaikan sumbangan operasi masjid kepada JHEAINS bagi membiayai pelbagai program pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak di atas komitmen dan usaha dalam memastikan projek ini dapat disiapkan.
#hptn2024
#profesionteknikal
#JKRNS
#TogetherWeDeliver
#BersihMuafakatSejahtera
Ещё видео!