#BuletinBernama: Polis Pulau Pinang menahan sepasang kekasih dan seorang rakan wanita mereka bagi membantu siasatan beberapa kejadian samun bersenjata di Seberang Perai Tengah termasuk yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka yang berusia 19 hingga awal 20-an itu diberkas selepas seorang wanita warga asing membuat laporan menjadi mangsa samun bersenjata oleh seorang lelaki dalam sebuah kedai dobi di Bukit Tengah, Georgetown, Pulau Pinang pada 10.20 pagi, 30 April lepas.
Ещё видео!