Ayam Masak Merah adalah masakan kegemaran anak- anak saya. Saya pun suka memasaknya kerana mudah sangat memasaknya, lagi- lagi jika menggunakan Thermomix dan ketuhar biasa di rumah. Memang Thermomix ini adalah satu pelaburan yg sangat berbaloi.
Sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kesuntukan waktu untuk memasak selepas pulang dari pejabat.
Yang penting dinding dan lantai dapur kita tidak berminyak selepas memasak. Jadi dapur sentiasa bersih dan seronok untuk memasak.
Ayam Masak Merah Thermomix
Bahan-bahannya:
2 ekor ayam kampung potong 10
20 biji bawang kecil
8 biji bawang putih
200 g minyak zaitun
2 sb cili kisar
2 inchi halia diketuk
2 batang serai diketuk
3 sb sos tomato
2 sb sos cili
40 g gula Melaka
1 camca serbuk pati ayam
Garam secukup rasa, kunyit serbuk
1cawan air
4 biji tomato belah 4, 1 biji bawang Holland dihiris
Peraturan:
1. Buang kulit bawang putih 3sec/ rev speed 5.
2. Masukkan bawang kecil dan minyak. Kisar 30 sec /speed 10.
3. Scrape bowl. Masukkan halia, serai dan cili kisar. Tutup bowl, pasang splash guard dan tumis 50 min/ 120C /rev speed -1.5
4. Sementara itu lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Susun ayam di dalam bekas memanggang.
5. Bakar ayam separuh masak 180C / 20 min.
6. Setelah sambal garing masukkan sos tomato, sos cili, gula Melaka, garam dan serbuk pati ayam. Masak lagi 4 min/ 120C /reverse speed 1.5
7. Akhir sekali masukkan potongan tomato dan hirisan bawang. Masak lagi
5 min /Varoma /Reverse speed 1.5
8. Bila sambal siap siram atas kepingan ayam dan bakar lagi 20 min atau sehingga ayam masak.
9. Keluar dari oven boleh langsung dihidang.
Selamat mencuba!
** resipi ini dapat 2 hidangan ayam dengan setiap hidangan cukup untuk 6 orang.
Ещё видео!