Di Timur Afrika Selatan, Sekurang-kurangnya 45 orang maut akibat banjir dan hujan lebat yang melanda wilayah KwaZulu-Natal.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan wilayah itu, Robert Mckenzie berkata angka maut dijangka terus meningkat.
Sementara itu beberapa penduduk telah dipindahkan.
Banjir turut menyebabkan struktur bangunan runtuh dan lebih 2,000 kediaman rosak.
Manakala beberapa jalan raya mengalami kerosakan dan bekalan elektrik terputus.
Operasi menyelamat, dibantu oleh tentera, untuk memindahkan mangsa terperangkap di kawasan terjejas.
Hujan lebat melanda wilayah itu sejak malam Isnin, perbandaran eThekwini dan bandar Durban paling teruk terjejas.
Ещё видео!