Bekas Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444H.
Anugerah bagi tokoh antarabangsa pula diberi kepada Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja, Okhna Datuk Dr Othman Hassan.
Tan Sri Othman menjadi Ketua Pengarah JAKIM antara tahun 2011 hingga 2018.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di agensi sama selain menjadi Pegawai Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dan menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Beliau juga sering menyatakan pendapat dalam isu baru berkaitan Islam dengan sangat teliti dan berhati-hati.
Okhna Datuk Dr Othman pula merupakan tokoh kesederhanaan dalam dunia Islam.
Sumbangan beliau dalam pembangunan agama di Kemboja menjadikannya sosok yang disegani di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Ещё видео!