“Saya hanya memikirkan mati selepas hampir sejam berada di lautan dengan cuma berpaut pada bot, malah dua kali hampir lemas dihempas ombak kuat,”
Itu kata Haris Mat Yasin, 50.
Beliau adalah salah seorang mangsa terselamat dalam tragedi bot terbalik membabitkan 20 pemancing dan tekong dalam kejadian di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, Bachok, malam Isnin.
Menceritakan insiden itu, Haris berkata, hujan lebat secara tiba-tiba ketika mereka baru mula mencandat sotong, selain berlaku ribut disusuli ombak setinggi lebih tiga meter menghempas bot.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah beliau di Kampung Padang To’la, di Pasir Mas pada Selasa.
Haris yang berpengalaman mencandat sotong sebelum ini, mengaku tragedi itu paling getir pernah dilalui dirinya dan beliau masih trauma.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!