JENAYAH MINGGU INI.
DUA PENJENAYAH YANG DIPERCAYAI ANGGOTA KUMPULAN KONGSI GELAP DITEMBAK MATI SELEPAS BERBALAS TEMBAKAN DENGAN SEPASUKAN ANGGOTA POLIS KIRA KIRA JAM 4 PAGI TADI.
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH SELANGOR DATUK MOHD ADNAN ABDULLAH BERKATA SEPASUKAN ANGGOTA POLIS DARI IPK SELANGOR DAN IPD GOMBAK YANH SEDANG MELAKUKAN RONDAAN DALAM OPS CANTAS KHAS 2 TERSEREMPAK DENGAN KENDERAAN DINAIKI SUSPEK DALAM KEADAAN MENCURIGAKAN BERHAMPIRAN FRIM , KEPONG.
SELEPAS DIARAH BERHENTI UNTUK PEMERIKSAAN...SUSPEK TELAH MEMECUT KENDERAAAN DINAIKI MEREKA MENUJU KE KAWASAN SEKITAR FRIM INI.
BAGAIMANAPUN KENDERAAN SUSPEK BERJAYA DIPINTAS SELEPAS IA TERBABAS DAN MELANGGAR POKOK DI TEPI JALAN.
POLIS YANG MENGARAHKAN SUSPEK MENYERAHKAM DIRI BAGAIMANAPUN DIKEJUTKAN DENGAN TEMBAKAN DARIPADA SUSPEK.
INI MENYEBABKAN PASUKAN POLIS TERPAKSA MEMPERTAHANKAN DIRI DAN MELEPASKAN TEMBAKAN YANG MENGENAI SUSPEK.
KEDUA DUA LELAKI ITU DISAHKAN MATI DITEMPAT KEJADIAN.
PEMERIKSAAN DILOKASI KEJADIAN MENEMUI DUA PISTOL .
TURUT DITEMUI BUNGKUSAN DADAH DI DALAM KENDERAAN DINAIKI SUSPEK.
HASIL SEMAKAN MENDAPATI SUSPEK DIPERCAYAI TERLIBAT DALAM SEKURANG KURANGNYA 4 KES PEMBUNUHAN.
PASUKAN POLIS SELANGOR DARI IPK DAN JUGA DAN JUGA GOMBAK TELAH MEMBUAT RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH OPS CANTAS DAN SEMASA SAMPAI DI LEBUHRAYA YANG KITA BERADA INI, KITA TELAH TERSEREMPAK DENGAN SEBUAH KENDERAAN YANG MENCURIGAKAN DAN KEMUDIANNYA TELAH BERLAKU KEJAR MENGEJAR DIMANA KERETA BERKENAAN TELAH MELANGGAR KERATA PASUKAN YANG MEMPUNYAI LAMBANG DAN SEMASA MENGHIMPIT DAN MELANGGAR TU MEREKA TELAH MELEPASKAN BEBERAPA DAS TEMBAKKAN DAN KEMUDIANNYA PIHAK POLIS TERPAKSA MENGHALANG SEHINGGA KERETA TERSEBUT TERBABAS DAN MELANGGAR SEBATANG POKOK SERATUS METER DARI SINI DAN APABILA 2 LELAKI KELUAR DAN BERLAKU LAGI BERBALAS TEMBAKKAN DAN DUALELAKI BERKENAAN JATUH DIATAS JALAN RAYA PIHAK POLIS TELAH MEMANGGIL PIHAK AMBULANS KERANA KECEDERAAN DAN APABILA PIHAK AMBULANS TIBA MEREKA TELAH MENGESAHKAN MENINGGAL DUNIA.
POLIS JUGA MENDAPATI KAD PENGENALAN DIGUNAKAN SUSPEK ADALAH MILIK ORANG LAIN BERDASARKAN PERBEZAAN PADA GAMBAR.
POLIS PERCAYAI SUSPEK TERLIBAT DALAM KEGIATAN KONGSI GELAP DAN PENGEDARAN DADAH.
DALAM KEJADIAN INI KENDERAAN POLIS TURUT MENGALAMI KEROSAKAN AKIBAT DIREMPUH OLEH KERETA SUSPEK KETIKA MEREKA CUBA MELARIKAN DIRI.
Like, Follow & Subscribes us at:
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
[ Ссылка ]
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at mklcrimedesk@gmail.com
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
Ещё видео!