Sekolah yang mempunyai kurang daripada 1,000 pelajar, akan disatukan dengan empat atau lima sekolah lain bagi memastikan program vaksinasi kumpulan remaja berusia 12 hingga 17 tahun berjalan lancar.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata langkah itu sebagai persediaan terutama bagi sekolah di kawasan luar bandar supaya 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.
Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A), berkata program yang akan bermula secara besar-besaran mulai Isnin depan, 20 September akan dibuat terus di sekolah yang mempunyai lebih 1,000 pelajar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan minggu penyusuan susu ibu sedunia peringkat pusat laktasi kebangsaan 2021 di Auditorium Utama, Hospital Tunku Azizah di sini, hari ini.
Dr Noor Azmi berkata, pelancaran vaksinasi akan dibuat di Presint 18 (Putrajaya) dijangka berlangsung dalam masa tiga bulan ini bagi membolehkan 3.2 juta kanak-kanak memperoleh perlindungan vaksin di mana 1.1 juta daripadanya adalah kalangan yang berusia 16 dan 17 tahun.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!