Prasarana Malaysia Bhd bakal menerima 19 tren empat gerabak baharu bagi kegunaan transit aliran ringan, LRT Laluan Kelana Jaya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, penyerahan tren tersebut akan dibuat secara berperingkat mulai Julai tahun depan hingga Disember 2024.
Jelas beliau, konsortium Alstom-Hartasuma telah membuat penyerahan fasa pertama, melibatkan lapan tren empat gerabak kepada Prasarana tahun lalu.
Konsortium tersebut dianugerahkan kontrak pembekalan, di bawah projek Kenderaan Tambahan Kuala Lumpur; KLAV 27 dengan peruntukan RM1.72 bilion pada 2017.
Ещё видео!